Ia tubuh kan pada awal tahun 2007 dan mula aktif pada tawal tahun 2008. Pertemuan atau perkenalan diantara kami semua bermula sebagai teman seperjuangan sekolah, namun pada waktu itu kami belum lagi dapat membiasakan diri sesama sendiri memandangkan kelas kami berbeza. Pemerhatian yang pertama yang dibuat oleh saya (Nuru) adalah bermula dari Deck iaitu selaku pemain bass PriaIkhlas Band melalui persembahan pentas yang telah disertainya bersama rakannya.
Penilaian ini mengambil dalam masa setahun setengah, setelah itu saya pun menawarkan pada Deck untuk menyertai band saya yang pada waktu tersebut masih belum wujud disebabkan saya masih memerlukan lebih kurang dua lagi ahli untuk mencapai hasrat saya menubuhkan sebuah band. Atas usaha Deck, dia telah memperkenalkan adiknya kepada saya (Nuru) dan saya dapati bahawa adeknya(GB) mempunyai potensi menjadi pemain guitar dan drum. Lalu saya menawarkan kepada GB untuk menyertai band ini. Dengan adanya 3 pemain band ini kami telah membuat percubaan rakaman pertama kami di Attune Studio dan berjaya menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk selamat tinggal iaitu hasil ciptaan saya sendiri.
Sebulan kemudian sekali lagi Deck telah memperkenalkan kepada saya salah seorang teman rapatnya iaitu Jim. Memandangkan dia pernah terlibat dengan Kumpulan Band lain sebelum ini membuatkan saya merasa yakin bahawa Jim boleh memegang peranan guitar saya, kerana sebelum ini saya telah memegang peranan guitaris pertama dan kedua dan juga vokalis dan kini dengan adanya kehadirannya telah banyak membantu PriaIkhlas Band dari segi pengubahsuain lagu. Semenjak kehadirannya kami berjaya membuat rakaman kami yang kedua dan ketiga pada studio yang sama (Attune Studio) dan kini kami telah berjaya menghasilkan kesemuanya 3 buah lagu. Bermula dari situ kami pun melibatkan diri dengan persembahan pentas dan persembahan yang julung-julung kali yang kami ikuti ialah persembahan menyambut tahun 2008 iaitu pada majlis keramaian persendirian.
Deck
Jim
GB
Haffy
Website:
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpriaikhlas.ning.com%2F&h=cd843
http://www.friendster.com/nurupriaIkhlas
http://amp.channelv.com/priaIkhlas
No comments:
Post a Comment