Saturday, October 2, 2010

Kumpulan 69 masih terima undangan rumah terbuka

Bracun ketika menemu bual Nasi Katok Production sebelum membuat persembahan.
Haziq (Zek) bersama Bracun, Kumpulan 69.
Sheikh Khalid bersama keluarga menyaksikan hiburan dari Kumpulan 69.
Para tetamu yang hadir mengambil kesempatan merakamkan kerenah Kumpulan 69.
Dari kiri Pakce, PA Kumpulan 69, Pengurus Kumpulan 69, Dillah The Seeds dan Bracun.

Suasana Hari Raya Aidilfitri masih terasa kini meskipun sudah masuk hari ke 20 dalam bulan Syawal yang mulia ini tambahan lagi undangan rumah terbuka dari pelbagai pihak masih diterima sehinggakan tidak mampu untuk memenuhi undangan berkenaan.
 
Begitu juga dengan pelawak Kumpulan 69 yang terdiri daripada Si Bracun dan Pakce yang menerima undangan hampir setiap hari di setiap sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang antaranya terdiri dari pihak-pihak Kerajaan, Swasta dan persendirian.
 
Semalam kumpulan pelawak yang semakin popular kini menerima undangan dari Keluarga Haji Mohd Yusof (HMY) yang begitu meminati pelawak yang sering membuatkan orang ramai tidak kering gusi dengan lawak jenaka mereka.
 
Kehadiran mereka ke rumah HMY ini jelas memperlihatkan kedua-dua anggota Kumpulan 69 ini begitu diminati sehinggakan setiap gerak geri mereka di rakamkan ke dalam telefon bimbit mereka.
 
Dengan mempersembahkan nyanyian diiringi dengan lawak jenaka sambil para tetamu yang lain menikmati hidangan, Kumpulan 69 juga ditemani dengan artis-artis yang baru tertubuh seperi Haziq (Zek), Nasi Katok Production, Dillah The Seeds dan penari-penari dari Rythmic Revolution Fitness Studio yang memeriahkan lagi suasana Hari Raya di kediaman keluarga HMY itu.
 
Puan rumah, Hajah Mahani binti Haji Ibrahim dalam ucapannya menjelaskan bahawa jika dua tahun lalu, rumah beliau didatangi oleh pelakon-pelakon tempatan tetapi tahun ini beralih cita rasa kepada pelawak dan penyanyi pula.
 
Beliau juga melahirkan rasa penghargaan atas kehadiran pengurus Kumpulan 69, Sheikh Khalid bersama keluarga (Seri Kandi Groups) ke majlis pada malam itu.
 
Menurutnya acara seumpamanya itu adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan artis tempatan dengan peminat-peminat mereka serta menyokong artis-artis tanah air yang mula mengorak langkah itu.
Penyanyi-penyanyi yang terdiri dari Dillah The Seeds, Zek, Nasi Katok Production dan tarian dari Rythmic Revolution Fitness Studio juga menghiburkan para tetamu yang hadir.
 
Kumpulan 69, seterusnya akan berada di Jsport Restoran, Jerudong pada 2 Oktober 2010 pada pukul 8 malam bersama artis-artis baru itu nanti untuk membuat persembahan bersempena pembukaan restoran berkenaan.

Orang ramai yang berminat adalah dialu-alukan datang dan bagi mereka yang ingin mengundang Kumpulan 69 yang bakal memeriahkan majlis-majlis tertentu itu bolehlah menghubungi Pengurus Kumpulan 69 di talian 8776786 atau PA Kumpulan 69 di talian 8613349.

**
Media Permata
Khamis, 30 September 2010

No comments:

Post a Comment