Thursday, July 14, 2011

Dirgahayu (Lyrics)

Sejarah indah negeri Brunei
Hassananal Bolkiah Diputerakan
15 haribulan Julai
Sembilan belas empat puluh enam

* Selamat diputerakan
Paduka Seri Sultan
Pada Tuhan dipohonkan
Usia baginda dilanjutkan

Putera tertua lagi gahara
Sultan Omar Ali Saifuddien
Diasuh jadi tampuk negara
Menuntut ilmu tekun dan rajin

** Dirgahayu baginda
Hidup aman bahagia
Selamat puja usia
Kekal memerintah negara

Hassanal Bolkiah dimasyhurkan
Jadi Pengiran Muda Mahkota
Pada baginda puncak harapan
Negara makmur rakyat bahagia

Ulang rangkap*

Hassanal Bolkiah menaiki takhta
Ganti Paduka Seri Begawan
Rakyat jelata taat-setia
Mendoakan kebahagiaan

Ulang rangkap **

Penyanyi: Nyanyian Ramai
Pencipta: Haji Idris Haji Muhammad
Lirik: Shukri Zain

No comments:

Post a Comment